Beberapa cara berbeza mendapatkan mata
Melengkapkan tinjauan yang kami sediakan
Setelah semua soalan tinjauan dijawab, anda mendapat mata yang boleh ditebus kepada pelbagai jenis hadiah. Kami akan menghantar notifikasi sebagai jemputan ke halaman tinjauan melalui e-mel dan di portal ini juga ada memaparkan jemputan kami kepada anda. Setiap kali melengkapkan tinjauan, anda akan memperoleh mata. Bilangan mata bergantung kepada panjang dan tahap kesukaran tinjauan.
Lihat hadiah yang boleh ditebus menggunakan mata anda
Mengajak sahabat anda
Ajak sahabat anda untuk mendaftar sebagai ahli di OpinionArena. Kami memberikan anda 60 mata untuk setiap sahabat yang telah anda ajak untuk mendaftar di portal OpinionArena. Secara serta merta, ia akan diperoleho setelah sahabat anda mendaftar dan melengkapkan dua tinjauan.
Ketahui lebih lanjut tentang cara mengajak rakan
Melengkapkan maklumat tentang diri anda
Tambah mata ganjarn dengan mengemas kini profil anda. Semakin banyak malumat yang dikongsi, semakin banyak mata yang diraih. Melaluinya, kami boleh menghantar jemputan ke tinjauan yang lebih bersesuaian dengan anda.
Memberi maklumbalas kepada Pemilihan Pantas
Berikan maklumbalas untuk Pemilihan Pantas dan dapatkan mata tambahan. Kami sangat berminat mengetahui pandangan anda berkaitan pelbagai bidang: politik, keseronokan, sukan, harga barangan, dan sebagainya. Mari kenalpasti ahli politik, penghibur mahupun atlet yang paling popular, begitu juga jenama kereta yang paling diminati! Setiap kali anda menjawab, anda peroleh 3 mata tambahan untuk akaun anda.